Macam mana nak pilih niche yang tepat bagi blog anda - Semua Info

Blog tutorial anda

Jumaat, 1 Jun 2018

Macam mana nak pilih niche yang tepat bagi blog anda

Macam mana nak pilih niche untuk blog? Merupakan soalan lazim bagi blogger pemula.

Memanglah mula-mula itu agak susah sikit. Jangan risau kerana anda berada di blog yang tepat untuk belajar tentang pemilihan niche bagi blog anda.

Kenapa saya cakap tepat ? kerana tidaklah anda melayari blog ini dari permulaan ayat entri saya hari ini kan.

Chill. Rehatkan minda dan tarik nafas panjang-panjang dan teruskan membaca.

Siapa nak baca blog saya ?

Persoalan ini harus anda fikirkan jawapanya. Dalam mencari jawapan itu anda sudah semestinya menentukan target pembaca ataupun audience untuk blog anda.

Ambil sebagai contoh, anda nak tarik minat pembaca dalam bidang outomatif, sudah tentu blog yang anda buat berkaitan dengan outomatif kan, bukanya cerita pasal kek atau bagai kan.

Berapa julat umur pembaca blog anda dan apa minat mereka? Ini penting bagi mengadjust konten dan penulisan artikel anda.

Perincikan niche besar

Ok. Anda sudah tahu target audience anda dan sekarang sudah tiba masa untuk memperinci niche yang anda sudah pilih.

Contohnya Niche utama anda automatif. Diperincikan lagi dapat cara menjaga enjin kereta seterusnya tata cara menukar tayar kereta etc.

Itu cuma contoh lebih banyak anda memperincikan niche yang besar lebih banyak topik dan idea yang anda ingin ketengahkan di blog anda.

Secara mudahnya anda boleh senaraikan semua isi kepada niche yang telah anda tentukan. Analisa dan jadikan ianya content untuk blog anda. 

Kenal pasti masalah dan jalan penyelesaianya

Cara ini merupakan paling klasik dan berkesan bagi menarik pembaca kepada blog anda.

Kenapa? Kerana pengguna internet sekarang kebanyakannya melayari internet untuk mencari jawapan kepada masalah mereka.

Oleh kerana itu jika anda ada jawapan jangan segan untuk mengongsikanya kepada pembaca blog anda,

Namun begitu analisa lah dulu dan carilah soalan yang pengguna internet selalu persoalkan.

Jangan bimbang kerana dari google anda boleh membuat analisa anda. Sebagai contoh google keyword suggestion dan beberapa tool berbayar lain yang anda boleh dapati online.

Berapa jumlah pelawat blog saya dan adakah niche saya ini popular?

Sebenarnya untuk memilih niche yang dapat menghasilkan jumlah pelawat mengambil masa.

Bergantung kepada masa dan kontent blog dan minat pembaca menentukan trafik ke blog anda.

Perkara akan menjadi sia-sia jika anda menulis namun tidak di baca ianya sepertinya anda menulis syok sendiri.

Jika anda jenis yang tidak kisah mungkin ianya bukanlah halangan untuk anda terus berkarya.

Sebaik-baiknya perlu mengambil perhatian pada teknik SEO bagi mendapat SERP tertinggi bagi blog anda.

Banyakkan membaca dan belajar

Ini merupakan cara yang amat berkesan bagi saya untuk memilih niche yang tepat untuk blog.

Bukan menjadi katak dibawah tempurung. Dengan membaca anda mendapat gambaran tentang menentukan niche anda.

Berfikir luar kotak merupakan cara yang amat berkesan dan bukannya terikat pada cara yang lama.


Tulis minat anda

Jika anda betul-betul buntu mencari niche yang tepat untuk blog anda, paling senang anda tulis tentang apa yang anda suka.

Boleh jadi anda menulis tentang hobi anda ataupun kongsikan apa yang anda sudah alami seperti berkongsi pengalaman.

Kesimpulan

Tidaklah semuanya susah, yang penting anda ingin belajar dan berusaha untuk mencapai matlamat anda.

Yang paling penting berfikiran terbuka dan bukanya bersifat tertutup.

- Tamat-


blog, Niche,





Tiada ulasan:

Catat Ulasan