Cara buat duit online - Semua Info

Blog tutorial anda

Ahad, 8 April 2018

Cara buat duit online

Asalamualaikum dan salam sejahtera semua. Kebanyakan kita terasa kos sara hidup yang kian meningkat setiap hari.

Oleh itu ramailah diantara kita mencari sumber pendapatan sampingan untuk memenuhi keperluan kehidupan setiap hari.

Terima kasih pada teknologi maklumat yang kian berkembang hari ini. Buat duit online membuka satu ruang punca pendapatan kepada kita semua.

Adakah mustahil, menghasilkan duit online ?

Sudah tentu jawapanya tidak mustahil. Kerana apa ? Kerana ianyanya sudah terbukti, dan bukan itu saja ramai yang sudah berjaya menjana pendapatan hanya dalam atas talian (online).

Kegagalan sudah semestinya asam garam dalam perniagaan online. Sama juga seperti perniagaan bukan online ,ada masanya pasang surut dalam menjana perniagaan dalam talian ini.

Namun jika anda cukup kental, hasilnya akan anda dapat juga akhirnya. Dalam selok-belok perniagaan online ini perlu ada ilmu yang sepatutnya ,supaya pendapatan dapat dijana.

Belum cuba belum tahu

Seperti pepatah ingeris “no risk no gain” yang bermaksud tiada pulangan jika tiada risiko. Tidak salah jika kita mencuba menjana pendapatan online ini.

Mungkin ada diantara pembaca artikel ini masih lagi ada perasaan ragu-ragu dalam menjana pendapatan online ini,

Itu perkara biasa kerana pengalaman saya menjana pendapatan atas talian ini juga bermula dalam banyak pertanyaan.



Namun setelah berusaha dalam banyak percubaan dan kegagalan, saya dapat menjana pendapatan online.

Perasaan itu beransur-ansur bertukar positif dan menjadi motivasi untuk meneruskan usaha dalam bidang ini.

Apa yang anda perlu ada untuk mula buat duit online?

Apa yang diperlukan untuk anda menjana duit online tidaklah banyak. Paling asas, anda perulah ada talian internet.

Kedua, anda perlu ada PC atau laptop. Paling tidak pun anda perlu ada Telifon pintar.

Yang paling penting juga adalah anda perlu ada sedikit ilmu tentang teknologi malumat.

Jika tiada langsung anda boleh belajar dari internet itu sendiri. Tidaklah ianya susah, dan asas pengetahuan pun suda memadai.

Dari mana harus bermula untuk menjana duit online ini ?

Dari mana anda ingin bermula? terpulang pada diri anda sendiri untuk memilih cara dalam menjana duit online.

Apa yang saya kongsikan pada entri ini adalah beberapa cara yang sememangnya dapat buat duit online. Baca untuk 5 Cara macam mana buat duit online.


1. Buat duit dengan program pengiklanan

Ini merupakan cara paling popular dalam menjana duit online. Anda hanya perlu ada sebuah blog atau website untuk menempatkan iklan pada blog anda untuk menjana pendapatan.


Ada beberapa syarikat pengiklanan yang membayar anda berdasarkan jumlah klik atau jumlah paparan pelawat yang melayari blog atau website anda.

Salah satunya adalah program pengiklanan yang ditaja oleh syarikat carian internet terbesar, Google itu sendiri iaitu google adsense.

Sudah semestinya Tidak dinafikan reputasi program ini lebih-lebih lagi ianya dimiliki Google. Anda sudah semestinya dibayar namun ada syarat-syaratnya untuk permohonan Google adsense di “approve” atau di luluskan.

2. Kerja part-time dari rumah

Trend masakini memudahkan anda untuk bekerja dan mendapat duit hanya dengan online.

Salah satu website yang menyediakan kerja part time adalah www.freelancer.com.

Anda hanya perlu daftar dan mula mencari kerja-kerja part time website itu.Yang menariknya anda dibayar dengan us dollar.

3. Portal buat duit anjuran MDEC

https://youcanduit.mdec.my merupakan portal buat duit online anjuran MDEC.

Disana anda dapat mengikuti bagaimana cara-cara untuk buat duit online. Anda boleh cuba, mana la tahu anda dapat menjana pendapatan online.

4. Buat Video di youtube

Youtube juga merupakan milik Google. Ianya merupakan portal video paling popular di internet.

Menghasilkan video yang menarik di youtube juga merupakan salah satu cara anda untuk menjana duit.

Sama seperti google adsense. Jumlah paparan iklan dan klik pada iklan pada video youtube anda dikira dan dibayar oleh google.

Lebih ramai subscriber channel youtube anda memberi anda lebih peratus untuk menjana pendapatan.

Ramai juga yang sudah menjadi jutawan hanya dengan menghasilkan video di youtube.

5. Menghasilkan aplikasi mobile

Jika anda pandai menghasilkan aplikasi mobile, jangan sia-siakan bakat anda kerana ianya boleh menjana pendapatan anda.

Bagaimana ianya berfungsi ?

Permintaan dalam pembangunan aplikasi telifon pintar semakin lama semakin banyak selari dengan kepesatan teknologi telifon pintar.

Anda boleh menghasilkan aplikasi mobile dan menjualnya di platform aplikasi telifon pintar seperti Google playstore ataupun di Apple store.

Jika tidak pun anda boleh meletakkan iklan pada aplikasi yang anda hasilkan dan menghasilkan duit daripadanya.

Kesimpulan

Sebenarnya ada banyak lagi cara bagaimana anda boleh buat duit online. Apa yang saya konbgsikan pada entri ini harap dapat memberi ilmu yang bermenafaaat kepada anda.

Terpulang pada anda untuk menggerakkan usaha dalam menghasilkan pendapatan online.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan