Cara buat duit dari blog - Semua Info

Blog tutorial anda

Selasa, 17 April 2018

Cara buat duit dari blog

Entri saya sebelum ini Cara buat duit onlineada menyentuh tentang bagaimana nak jana pendapatan daripada blog.

Ada juga saya nyatakan tentang macam mana program pengiklanan daripada google iaitu “google adense” boleh mendatangkan pendapatan.

Jika anda sudah pernah membaca entri saya sebelum ini mungkin anda dapati ada link yang saya syorkan untuk panduan membina blog dengan mudah.

Dari mana saya perlu mula untuk menjana duit dari blog melalui google adsense.

Sudah tentu anda perlu ada blog dan tempat untuk memaparkan iklan. Bukan setakat itu anda perlulah ada akaun google adsense yang telah diluluskan.

Sebelum saya pergi lebih jauh, marilah kita baca apa sebenarnya google adsense ini. Ringkasnya ,google adsense merupakan program pengiklanan yang dimiliki syarikat google.

Oleh kerana reputasi syarikat google ini, anda tidak perlu risau. Pasti anda dibayar namun berapa banyak? Bergantung pada usaha anda.

Formulanya mudah saja. Anda buat blog, memohon akaun google adsense, diluluskan oleh google dan seterusnya memaparkan iklan google adsense di blog anda.

Trafik masuk ke blog anda merupakan penentu untuk berapa banyak google membayar anda.

Jika banyak trafik ke blog anda akan banyak jugalah paparan dan klik pada iklan.

Teknik untuk meningkatkan trafik ke blog anda.

Trafik organik merupakan trafik ke blog anda tanpa anda perlu membayar apa-apa

Sebagai contoh, jika artikel ataupun blog anda tersenarai dalam muka pertama enjin carian berdasarkan kata kunci sasaran. Maka tinggilah peluang untuk blog anda dilawati.

Untuk mendapatkan tempat tertinggi hasil enjin carian seterusnya mendapat trafik organik ke blog anda, teknik SEO perlu diimplimantasikan terlebih dahulu.

Anda boleh baca Apa itu SEO untuk tahu lebih lanjut tentang SEO. 


Boleh kah jual produk di blog yang anda miliki ?

Jawapanya sudah tentu boleh. Jika anda ada produk sendiri contohnya ebook, anda boleh menjualnya melalui blog anda.

Jika trafik ke blog anda cukup mantap, keberangkalian produk anda terjual lebih tigggi.

Seperti menyelam sambil minum air, anda tidak lagi perlu untuk membayar bagi mengiklankan produk anda.

Menyewakan ruang di blog anda kepada orang lain

Ini merupakan antara cara untuk anda menjana pendapatan daripada blog.

Repotasi dan jumlah pelawat ke blog anda diambil kira oleh pelanggan untuk menyewa iklan di ruangan blog anda.

Namun jagan risau jika anda ada blog yang menarik dan unik, sudah tentu anda akan memiliki blog yang berkualiti dan merarik.

Buat duit dengan affililate markerting.

Anda boleh mengikuti program affiliate markerting seperti Amazon dan banyak lagi program affiliate markerting.

Anda menggunakan blog anda untuk membantu menjual produk orang lain daripada menyertai affilate markerting ini.

Yang menariknya anda di bayar jika berjaya menarik banyak pelanggan. Andasudah semestinyadapat menjana pendapatan melalui cara ini.

Review produk

Bunyi macam senang kan. Ya, itulah hakikatnya. Selain cara-cara yang sudah saya nyatakan ini antara cara yang mudah.

Cara ini biasanya dipanggil advertorial. DI sini anda akan dibayar dengan mengupas ataupun review produk.

Lebih kurang macam anda mempromosikan produk syarikat yang berminat untuk mempromosikan produk syarikat tersebut di blog anda. 

Kesimpulannya..

Secara ringkasnya ada pelbagai cara yang anda boleh buat untuk menjana pendapatan.

Apa yang penting adalah berbalik juga kepada trafik yang masuk kedalam blog anda kerana itu merupakan modal untuk menentukan jumlah pendapatan anda.



Buat Duit Dari blog

Tiada ulasan:

Catat Ulasan