6 Cara mudah nak tulis artikel blog yang menarik - Semua Info

Blog tutorial anda

Sabtu, 9 Jun 2018

6 Cara mudah nak tulis artikel blog yang menarik

Tidak semua dilahirkan dengan bakat menulis namun anda boleh belajar untuk menulis.

Sehingga kini saya sendiri pun masih belajar menulis dan sememangya saya ingin tajamkan lagi skil menulis saya supaya dapat hasilkan satu artilkel blog yang menarik untuk dibaca,

Asasnya, menulis merupakan cara untuk anda menyatakan idea-idea yang anda ingin kongsikan kepada pembaca.

Saya percaya berkongsi ilmu itu merupakan salah satu cara untuk menimba ilmu dan saya anggap kebanyakan daripada pembaca setuju dengan saya,

Lebih banyak kita berkongsi ilmu lebih banyak ilmu baru yang anda dapat. Jadi pada entri hari ini ingin saya kongsikan cara menulis artikel blog yang menarik.

Teruskan membaca….

1. Buat persediaan sebelum menulis

Membuat persediaan sebelum menulis adalah langkah yang penting untuk menghasilkan artikel yang menarik.

Anda perlulah buat kajian kepada apa yang anda ingin tulis supaya idea-idea yang anda sampaikan sampai mepada pembaca.

Kalau boleh senaraikan isi-isi artikel kepada artikel anda dalam bentuk point.

Jika sudah selesai langkah ini maka senangklah untuk anda menghuraikan point idea yang sudah anda senaraikan.

Sekurang-kurangnya tidaklah anda menulis seperti layang-layang yang putus talinya. Anda Setuju..?

2. Tulis sebagaimana anda bercakap

Tidak macam apa yang pelajari disekolah. Menulis artikel blog yang menarik tidaklah terikat kepada formaliti seperti karangan di sekolah.

Bayangkan anda bercakap dan tulis seperti anda bercakap. Santai dan kupas idea-idea yang anda ingin sampaikan kepada pembaca artikel blog anda.

Bayangkan anda pembaca kepada artikel blog anda sendiri dan bentangkan betul-betul idea-idea yang ingin anda kongsikan.

Sebenarnya cara ini tidak susah dan sudah semestinya anda perlu menggunakan bahasa dan ayat yang mudah untuk difahami.

3. Gunakan Heading dan subheading

Artikel anda nampak lagi kemas jika ada heading dan disusuli dengan subheading. Kenapa saya katakan demikian ?

Kerana selain ianya menarik perhatian pembaca, artikel yang anda buat dengan adanya heading dan sub heading akan jadi lebih mesra enjin carian internet.

Jika artikel blog anda mesra SEO maka lebih tinggilah harapan untuk artikel anda disenaraikan di halaman pertama enjin carian setiap kali pembaca mencari artikel berkaitan artikel yang anda tulis.


4. Kenapa bukan perenggan yang panjang?

Sudah tentu anda tidak mahu panjangkan setiap perengkan yang anda tulis kerana secara umumnya kebanyakan pembaca ingin pembacaan yang mudah dan santai.

Kalau boleh had kan perenggan anda kepada 2 baris dan paling panjang pun 4 baris sahaja. Jadi pembaca tidaklah bosan membaca setiap baris ayat yang anda tulis.

Oleh kerana itu point-point yang ada tulis sudah semestinya padat dengan idea-idea yang anda ingin sampaikan kepada pembaca.

5. Buntu ketika menulis ?

Tulis punya tulis anda buntu dan kering idea untuk terus menulis. Anda bagaikan terkena sindrom kering idea.

Jangan lah anda risau kerana ianya perkara normal yang berlaku kepada kebanyakan penulis. Ada caranya mengatasi masalah ini.

Salah satu cara yang boleh lakukan ada mencari sumber idea. Maksud saya disini adalah anda perlu membaca.

Bacalah apa yang ada suka ataupun artikel yang berkaitan  dengan artikel yang anda ingin tulis.

Jika anda sudah dapat idea jangan lupa untuk “brainstorm” kembali atas idea-idea yang ada di fikiran anda dan teruskan menulis.

Mudah bukan..?

6. Buat tajuk yang mencuri perharian

Perkara pertama untuk pembaca membaca artikel blog anda adalah Tajuk kepada artikel blog anda.

Cara ini sudah tebukti berkesan bagi menarik perhatian pembaca. Sebagai contoh.

Tajuk 1

Kebaikan berjalan kaki

Tajuk 2

5 sebab kenapa berjalan kaki itu mendatangkan kebaikan

Contoh tajuk diatas kedua-dua tajuk mempunyai erti yang sama namun tajuk 2 adalah lebih menarik perhatian berbanding Tajuk 1.

Kesimpulan

Secara ringkasnya apa yang saya tulis pada entri hari ini merupakan secara ringkasnya cara-cara menulis artikel blog yang menarik.

Jika anda ada cara lain lagi jangan malu kongsikan di ruangan komen. Walaupun tidak banyak saya harap anda dapat menafaat dan ilmu dari pengkongsian saya hari ini.

Sekian

Cara tulis artikel menarik



Tiada ulasan:

Catat Ulasan