Maksud blog dan cara buat blog - Semua Info

Blog tutorial anda

Khamis, 17 Mei 2018

Maksud blog dan cara buat blog


Asalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca blog ini. Sudah tentu ramai sudah pernah mendengar terma atau perkataan blog. 
Dalam komuniti online sememangnya  ianya tidak asing lagi. Namun adakah anda tahu maksud blog itu sendiri.
Untuk tidak berlama-lama lagi marilah kita baca bagaimana nama blog itu timbul dan jika anda berkenan nak mulakan sebuah blog, 
ini tempatnya untuk anda belajar cara buat blog.
1. Maksud blog

Terma blog datangnya daripada gabungan perkataan Web dan Log. Jadi digabungkan dan diringkaskan menjadilah ianya terma Blog yang selalu kita dengar itu.
Blog boleh terdiri daripada beberapa jenis penulisan seperti yang saya senaraikan dibawah ini.
Artikel
Catitan harian
Berita
Informasi bermenafaat
Dan lain-lain jenis penulisan yang boleh dikatogerikan sebagai blog.

Pada asalnya Blog ini dipopularkan oleh blogger.com yang ketika itu dimiliki olah Pyra Labs (1999) yang kemudianya dibeli oleh syarikat carian internet iaitu Google.
Perlu juga saya nyatakan terdapat juga lain-lain platform untuk menghasilkan sebuah blog.
Platform online blog
Selesai info tentang maksud blog. Marilah saya kongsikan pula tentang platform popular yang selalu orang gunakan untuk menghasilkan blog. Berikut senarainya.
Blogger.com

Ø Seperti yang anda baca pada awal entri ini Blogger.com masih lagi popular dan banyak digunakan oleh penulis blog. Kenapa?

Ø Kerana ianya percuma dan mesra pengguna.
Ø Senang digunakan dan tidak perlu hosting yang berbayar

Ø Cumanya Domain yang digunakan adalah blogspot.com

Ø Jangan risau kerana anda boleh juga menggunakan costom domain dengan membelinya.

Wordpress.com

Ø Platform blog wordpress.com ini datang percuma pada penggunaan basic sahaja.

Ø Untuk menggunakan fungsi tambahan anda perlulah membayar.

Ø Namun mendapatkan fungsi tambahan anda juga boleh menggunakan hosting sendiri. Sama ada hosting berbayar ataupun percuma. 

2.  Apa yang anda boleh dapat daripada blog ?

Ok, lets go to the next topic tentang apa yang anda boleh dapat daripada menghasilkan blog. Sudah tentu selepas ini saya akan tunjukkan bagaimana anda boleh menghasilkan sebuah blog menggunakan platform blogger.com dengan hanya beberapa langkah sahaja.
Jika anda sudah bersedia, berikut beberapa list menafaat yang anda boleh dapat daripada menghasilkan sebuah blog.
Jika anda berminat dalam bidang penulisan, blog merupakan salah satu daripada cara untuk anda berkongsi pendapat dan mengasah teknik penulisan anda.

Tahukah anda dengan menghasilan blog anda boleh menjana pendapatan darinya. Baca juga artikel saya sebelum ini tentang cara buat duit dari blog.

Dari blog juga anda boleh menggembangkan perniagaan anda.

Anda juga boleh meluaskan jaringan sosial dan mendapat kenalan baru dari seluruh dunia. Kenapa saya cakap seluruh dunia ?  Sebab pasaran online ini tiada batas sempadan. Semua orang boleh melayari blog anda.

3. 10 langkah mudah Cara buat blog (blogger.com)

Samaada anda merupakan seorang penulis yang mahu membangun laman blog anda sendiri ataupun anda ingin memulakan sebuah blog untuk menjana pendapatan daripadanya, 
Berikut 10 langkah mudah cara buat blog (blogger.com)
Langkah 1

Anda perlulah memiliki akaun daripada google.com. Jika anda sudah memiliki akaun google
anda boleh skip langkah ini dan terus ke langkah yang kedua.

Bagi yang belum ada. Anda boleh mendaftar di www.google.com

Langkah 2

Log masuk ke laman blogger.com. ringkasnya masuk login di sini www.blogger.com

Langkah 3

Sesudah selesai log masuk. Klik butang new blog.

Langkah 4

Masukkan alamat blog yang anda kehendaki diruangan address.

Langkah 5

Pilih template yang sesuai untuk blog anda.

Langkah 6

Klik butang new post untuk artikel pertama anda.

Langkah 7

Mula menulis untuk artikel pertama anda.

Langkah 8

Letak label pada artikel anda.

Langkah 9

Save artikel anda

Langkah 10

Publish artikel anda dengan klik butang publish
Anda juga boleh auto publish artikel anda di masa yang lain dengan tekan butang schedule.

4. Kesimpulan

Suka saya kongsikan pada anda tentang apa yang sudah anda baca pada entri ini.

  • Maksud blog
  • Apa yang anda boleh dapat daripada blog
  • 10 langkah mudah Cara buat blog (blogger.com)

Habis suda entri saya pada kali ini dan saya harap anda dapat ilmu yang bermenafaat daripada membaca blog saya.
Selamat mencuba dan salam kejayaan pada anda. Sekian dan terima kasih. Tamat.




Maksud blog,cara buat blog,platform blog,blogger,wordhpress
Add caption




Tiada ulasan:

Catat Ulasan